tiba-tiba rasa macam ni... :'(


hati tolong jangan mengada-mengada...


hati seakan pedih..
perasaan semakin menekan..
jiwa semakin menghimpit..
apa sebenarnya yang berlaku?

aku benci keadaan ini!
seolah-olah ada batu besar yang menghimpit dada..
asbabnya kerana cemburu?
atau otak yang terlalu sangat memikir..

aku lemas dengan persoalan..
sedangkan aku sendiri yang mencipta soalan..
yang mungkin jawapannya ada pada aku sendiri..
sengaja membiarkan hati lalai memikirkannya..
sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku..
cuma aku sahaja yang terlampau memikir ia akan berlaku..

wahai hati...
sang pemilikMU itu sahaja yang mampu..
mampu meredakan perasaan itu..
bukankah lebih indah memikirkan DIA yang pasti pemilik hati dan jasadmu..

Ya Allah bantu ku..
usirkan perasaan gundahku ini..
yang sengaja dicipta oleh aku sendiri.........



0 Responses