give up = gagal

 credit pic from: i luv islam.com

kegagalan sering membuat kita lemah...namun kegagalan juga yang membuatkan kita semakin kuat..biar manusia merasakan diri sehebat manapun dia tetap akan merasa kegagalan dalam realiti sebenarnya..kegagalan yang mungkin membuatkan dirinya semakin jatuh atau membawanya kepada kejayaan..bagi aku kegagalan merupakan satu "booster" untuk aku terus melangkah tapi bukan bermaksud berhenti..dalam erti kata, kegagalan bukan pengakhiran sebuah kehidupan tetapi permulaan untuk kehidupan..apa yang membezakan dua keadaan ini??.. jawapannya"emosi"...ya! kebijaksanaan emosi....

kawallah emosi kalian..jangan jadikan kegagalan sebagai kekecewaan..teruskan berlari kehadapan dan jangan salahkan penyebab kegagalan tetapi carilah jalan penyelesaian..

ini kerana kita sering merunggut atau menyalahkan orang lain atas sesuatu kegagalan ..merasakan dialah utama penyebab kegagalan..namun sedarkan kalian bahawa penyebab pembawa kegagalan itulah sebenarnya pembawa kejayaan kita yang lebih baik..sedarkah kalian,bahawa disebalik sesuatu yang berlaku ada rencananya..kembalilah ingatanmu pada DIA yang satu..dan..sedarkah kalian DIA lebih mengetahui..percayalah pada ketetapanNYA..masakan kita boleh lupa disaat kita kecewa..kenalilah erti hikmah disebalik kejadian..

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

berputar kembali sejarah dalam hidupku ketika aku berjuang di medan peperiksaan pada tahun 2004..ketika aku berada di tingkatan enam atas..sedang menduduki peperiksaan STPM untuk kertas Pengajian Am 2 dan sedang menjawab soalan bahagian E, yang memerlukan pelajar melakarkan graf daripada teks yang diberi..Pada ketika aku menjawab bahagian ini,berlaku sesuatu yang diluar dugaan aku.......  tentang dugaan, kekuasaan dan pertolongan Allah SWT...

sukar aku gambarkan perasaan aku pada waktu itu tetapi ia cukup mengingatkan aku apa yang telah berlaku..disaat-saat masa yang terlalu suntuk untuk aku menyiapkan soalan terakhir, tiba-tiba aku diberi dugaan yang tidak aku sangka di mana aku telah kehilangan idea dan punca untuk merungkai soalan yang diberi...aku rasakan fikiran aku kosong seperti otak aku di block oleh sesuatu.. aku tidak mampu mengingati jenis-jenis graf yang pernah aku pelajari..aku cemas dan takut ..tambahan pula aku sempat menjeling ke sebelah melihat calon-calon lain sudah siap melakar graf dan ada juga sudah mengeluarkan pensel warna untuk mewarna graf-graf mereka..aku semakin takut kerana tidak mampu menjawab soalan yang akan menyebabkan aku kehilangan banyak markah...dan kemungkinan juga aku gagal dalam kertas peperiksaan itu dan paling meruntun jiwa aku bila aku membayangkan aku tidak akan berpeluang menyambung pelajaran  ke universiti..hal ini kerana, kertas peperiksaan Pengajian Am merupakan syarat utama pelajar patut lulus bagi memohon ke universiti..

aku rasakan dunia aku kelam dan merasakan nyawaku dihujung tanduk..air mataku bergenang dikelopak mata dan  hatiku pedih menahan kesedihan..aku hampir putus asa sehingga terdetik dalam hati mungkin aku gagal dan hilang segala harapan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti..aku merasakan seperti aku benar-benar sudah gagal dalam peperiksaan..tidak guna rasanya aku bertungkus-lumus menjawab kertas peperiksaan lain sebelum ini kerana ia tidak bermakna sekiranya aku gagal dalam kertas peperiksaan Pengajian Am..

Namun, aku gagahi juga membaca semula sekali lagi petikan yang diberi..aku cuba memahami dan pada masa yang sama aku mohon sangat-sangat pada Allah agar diberikan aku pertunjuk..aku benar-benar mengharapkan pertolonganNYA ketika itu...

secara tidak sengaja aku rasakan ada satu cahaya yang kembali terang dalam mindaku...Syukur kerna tiba-tiba aku mula memahami akan apa kehendak soalan..pelik..sebelum ini sudah beberapa kali aku mengulangi membaca teks yang diberi namun aku tidak nampak penyelesaian..jam ditangan menunjukkan lebih kurang 10minit lagi masa akan berakhir..aku meneruskan gerak jariku melakar graf daripada petikan yang diberi..pantas kurasakan jariku bergerak mengeluarkan segala idea dan ilmu yang aku pelajari...syukur aku berjaya lakukan walaupun pada saat-saat terakhir..Alhamdulillah aku benar-benar bersyukur pada Allah aku berjaya menyiapkannya..

walaupun sudah hampir 7 tahun peristiwa itu berlalu tetapi aku masih ingat saat-saat genting aku rasakan..biarpun bukan nyawa yang menjadi taruhan tetapi kegagalan amat menakutkan aku..cuba kalian bayangkan sekiranya aku rasakan aku gagal, kecewa dan putus asa ketika itu?..apa yang berlaku?..sudah pastinya aku gagal kerna putus asa walaupun aku belum pasti aku gagal....mungkin cerita kita berbeza tetapi fikirkanlah..........
0 Responses