bila diusik lalu terusik

................sesekali bayu menyapa lembut bertanyakan khabar hati...benarkah hati mula bicara tentang cinta..sekadar singgah menyapa dan terus berlalu atau terhentinya sesuatu takdir dan destinasi...sukar untuk difahami namun cukup membuat aku dibuai mimpi indah..merentas dari alam realiti melayani hati yang penuh dengan rama-rama berterbangan riang...ahh.. indah sungguh kurasakan dunia..dunia yang kini dihiasi pelangi indah memancarkan tujuh warna-warna cinta....

begitulah tatkala hati bila diusik lalu terusik..bila si teruna impian menyapa dan bila si dara makin gelisah..begitu juga sebaliknya...kita semua pernah mengalami rasa cinta sesama insan...tidak kira walau apa jarak usia kerna kita telah dianugerahkan rasa cinta ini..syukur kepada pencipta memberi ruang untuk rasa cinta di dunia ini...ketika usia mula menginjak remaja kita mula kenal akan rasa perasaan terhadap seseorang..adakalnya kita tertipu oleh perasaan..kita gagal membezakan antara perasaan suka, sayang atau cinta..kadang-kadang ketika inilah kita sering alpa dengan bisikan terlampau perasaan...adakalanya sanggup menggadaikan apa yang dimiliki..

dan....
ketika mencapai usia dewasa kita mencari cinta yang suci..cinta yang akan membawa ke destinasi impian..hati sekali lagi terusik...berharap agar aku adalah pelengkap tulang rusuk kirinya..dia juga jodoh yang telah ditetapkan di luh mahfuz untukku..hati masih lagi tidak keruan..bimbang selagi lafaz ijab dan kabul belum termeterai...sakitnya rasa rindu tatkala berjauhan dan makin sebal bila hati mula rasa curiga...wahai hati...tenanglah jiwamu...andai dia milikmu dia tetap milikmu..yakin lah pada takdir Allah dan percayalah pada qada dan qadar..jangan biarkan rasa cintamu padanya melebihi cinta pada penciptamu..gapailah kedua-dua cinta itu kerna ia akan membawa penghujung yang abadi...

usia dipertengahan atau dipenghujung senja namun hati kita tidak mustahil mungkin sekali lagi terusik tika kita membiarkan ia terus diusik..jangan biarkan rasa cinta yang baru terus membenih dan subur dalam hati..cukuplah dengan cinta yang sedia ada yang sentiasa menemani kita untuk tempoh yang pernah kita lalui bersama..usahlah dilukakan hati-hati yang pernah bersusah mahupun senang bersama dengan kita dahulu..sekali lagi gapai lah cinta Allah supaya kita makin dekat denganNYA  tetapi bukan cinta manusia yang membawa kekecewaan..anggaplah hati yang terusik itu sekadar ujian dariNYA agar kita mendekatkan diri pada pencipta tetapi bukan sebagai jalan untuk kita semakin jauh melayani dunia..

rasa CINTA tidak akan mati selagi manusia bernafas...
usahlah terlalu angkuh ketika DIA meminjamkan rasa cinta itu..
dan..jangan pula  berasa bangga tatkala kita dicintai oleh insan yang bernama manusia...
















   

kembar dan 7-11?

tempat: hospital-bilik menunggu di wad bersalin
watak: empat orang bakal ayah
situasi: cemas dan risau 
_____________________________________________

empat orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, awak sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua."
Ayah pertama melompat gembira."mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise."

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah,awak mendapat anak kembar tiga."
"Wow!" katanya melonjak gembira."kembar tiga?. mungkin satu kebetulan.saya kerja di 3E Training and Solution".

Keluar pula nurse lain dan memberitahu ayah ketiga.
"Tahniah, isteri awak dapat kembar empat."
"Alhamdulillah," kata ayah ketiga sambil meraup tangan ke mukanya."
Mungkin satu kebetulan. saya bekerja di Four Season Hotel."

Pada masa ini ayah keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah sekali. kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat"?
Ayah keempat itu menjawab, "Saya kerja di Seven -Eleven".

** sekiranya anda masih tidak ketawa, sekurangnya senyumlah kerna ia sebagai penyembuh kesepian hati**

kisah ini bukan dari hasil idea aku tapi aku ambil dari idea dr. Tuah Iskandar dalam buku Membina Peribadi Anggun. credit untuk Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj.

give up = gagal

 credit pic from: i luv islam.com

kegagalan sering membuat kita lemah...namun kegagalan juga yang membuatkan kita semakin kuat..biar manusia merasakan diri sehebat manapun dia tetap akan merasa kegagalan dalam realiti sebenarnya..kegagalan yang mungkin membuatkan dirinya semakin jatuh atau membawanya kepada kejayaan..bagi aku kegagalan merupakan satu "booster" untuk aku terus melangkah tapi bukan bermaksud berhenti..dalam erti kata, kegagalan bukan pengakhiran sebuah kehidupan tetapi permulaan untuk kehidupan..apa yang membezakan dua keadaan ini??.. jawapannya"emosi"...ya! kebijaksanaan emosi....

kawallah emosi kalian..jangan jadikan kegagalan sebagai kekecewaan..teruskan berlari kehadapan dan jangan salahkan penyebab kegagalan tetapi carilah jalan penyelesaian..

ini kerana kita sering merunggut atau menyalahkan orang lain atas sesuatu kegagalan ..merasakan dialah utama penyebab kegagalan..namun sedarkan kalian bahawa penyebab pembawa kegagalan itulah sebenarnya pembawa kejayaan kita yang lebih baik..sedarkah kalian,bahawa disebalik sesuatu yang berlaku ada rencananya..kembalilah ingatanmu pada DIA yang satu..dan..sedarkah kalian DIA lebih mengetahui..percayalah pada ketetapanNYA..masakan kita boleh lupa disaat kita kecewa..kenalilah erti hikmah disebalik kejadian..

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

berputar kembali sejarah dalam hidupku ketika aku berjuang di medan peperiksaan pada tahun 2004..ketika aku berada di tingkatan enam atas..sedang menduduki peperiksaan STPM untuk kertas Pengajian Am 2 dan sedang menjawab soalan bahagian E, yang memerlukan pelajar melakarkan graf daripada teks yang diberi..Pada ketika aku menjawab bahagian ini,berlaku sesuatu yang diluar dugaan aku.......  tentang dugaan, kekuasaan dan pertolongan Allah SWT...

sukar aku gambarkan perasaan aku pada waktu itu tetapi ia cukup mengingatkan aku apa yang telah berlaku..disaat-saat masa yang terlalu suntuk untuk aku menyiapkan soalan terakhir, tiba-tiba aku diberi dugaan yang tidak aku sangka di mana aku telah kehilangan idea dan punca untuk merungkai soalan yang diberi...aku rasakan fikiran aku kosong seperti otak aku di block oleh sesuatu.. aku tidak mampu mengingati jenis-jenis graf yang pernah aku pelajari..aku cemas dan takut ..tambahan pula aku sempat menjeling ke sebelah melihat calon-calon lain sudah siap melakar graf dan ada juga sudah mengeluarkan pensel warna untuk mewarna graf-graf mereka..aku semakin takut kerana tidak mampu menjawab soalan yang akan menyebabkan aku kehilangan banyak markah...dan kemungkinan juga aku gagal dalam kertas peperiksaan itu dan paling meruntun jiwa aku bila aku membayangkan aku tidak akan berpeluang menyambung pelajaran  ke universiti..hal ini kerana, kertas peperiksaan Pengajian Am merupakan syarat utama pelajar patut lulus bagi memohon ke universiti..

aku rasakan dunia aku kelam dan merasakan nyawaku dihujung tanduk..air mataku bergenang dikelopak mata dan  hatiku pedih menahan kesedihan..aku hampir putus asa sehingga terdetik dalam hati mungkin aku gagal dan hilang segala harapan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti..aku merasakan seperti aku benar-benar sudah gagal dalam peperiksaan..tidak guna rasanya aku bertungkus-lumus menjawab kertas peperiksaan lain sebelum ini kerana ia tidak bermakna sekiranya aku gagal dalam kertas peperiksaan Pengajian Am..

Namun, aku gagahi juga membaca semula sekali lagi petikan yang diberi..aku cuba memahami dan pada masa yang sama aku mohon sangat-sangat pada Allah agar diberikan aku pertunjuk..aku benar-benar mengharapkan pertolonganNYA ketika itu...

secara tidak sengaja aku rasakan ada satu cahaya yang kembali terang dalam mindaku...Syukur kerna tiba-tiba aku mula memahami akan apa kehendak soalan..pelik..sebelum ini sudah beberapa kali aku mengulangi membaca teks yang diberi namun aku tidak nampak penyelesaian..jam ditangan menunjukkan lebih kurang 10minit lagi masa akan berakhir..aku meneruskan gerak jariku melakar graf daripada petikan yang diberi..pantas kurasakan jariku bergerak mengeluarkan segala idea dan ilmu yang aku pelajari...syukur aku berjaya lakukan walaupun pada saat-saat terakhir..Alhamdulillah aku benar-benar bersyukur pada Allah aku berjaya menyiapkannya..

walaupun sudah hampir 7 tahun peristiwa itu berlalu tetapi aku masih ingat saat-saat genting aku rasakan..biarpun bukan nyawa yang menjadi taruhan tetapi kegagalan amat menakutkan aku..cuba kalian bayangkan sekiranya aku rasakan aku gagal, kecewa dan putus asa ketika itu?..apa yang berlaku?..sudah pastinya aku gagal kerna putus asa walaupun aku belum pasti aku gagal....mungkin cerita kita berbeza tetapi fikirkanlah..........

fatamorgana..

pedih dek panahan matahari....
ketika kelopak kecil mataku dibuka,
trasa bisa seluruh tubuhku...
aku terasa sangat lemah,
dimanakah aku?
bersendirian ditempat yang belum penuh aku jengah,
aku trasa asing..
terlalu bingit dan busuk,
salakan anjing liar amat menakutkan aku...
sembilan bulan yang lalu aku tidak pernah merasa keadaan yang menakutkan ini...
aku masih tertanya-tanya dimanakah?
andai aku telah dilahirkan untuk melihat dunia.... 
dimanakah ibu???
 -------------------------------------------------------

terhoyong-hayang aku membawa diri,
kurasakan alam seperti berputar...
aku masih lemah bertarung dengan nyawa,
melahirkan bayi yang aku benci menatap wajahnya,
kerna aku mengandungkannya,aku ditinggalkan  lelaki itu,
namun hati kecilku berbisik..bukan salah bayi itu...dia tidak berdosa...
ia adalah salahku..salah aku!!
mencari haluan untuk dituju...
kemana harus ku bawa diri?
kembali ke pangkuan keluargaku semula?
menatap wajah-wajah insan yang pernah aku kecewakan?
ah!! bisakah mereka mahu menerimaku kembali?
mustahil!!...aku telah banyak mengecewakan mereka...
-------------------------------------------------------
berderai gelak tawa kepuasan,
wang,wanita mudahnya untuk aku genggam...
lelaki jonggos yang sanggup menggadaikan maruah seorang perempuan,
demi kepentingan sendiri...
ahh!!..bukan salah aku seorang lelaki kerna..
perempuan-perempuan murahan itu yang mengejarku...
aku lelaki hanya mengambil peluang...
bukankah itu sikap sang lelaki?
hahaha...aku puas dengan apa yang aku mampu lakukan sekarang...

-------------------------------------------------------------------------

Fatamorgana

Artist: Hijjaz
rangkap lirik dari lagu fatamorgana...

Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari


-kita yang memilih jalan dan halatuju hidup kita-

welcome..

this is my--------------



entry 
(^_^)