when the "sunshine" was gone...

pagi yang ku rasakan hati seperti kapas..
basah disirami embun pagi..
terbang dek angin ketika kering dimamah mentari..

biarpun berat hatiku ingin mengatakan pergi..
x juga ringan tuk aku menyisih kau jauh dari hati..

cinta dan harapan membuatkan aku kecewa lagi..
mungkin aku hanya perlu berjalan perlahan-perlahan..
tanpa  memecut untuk sampai ke garisan penamat..
kerna DIA belum mentakdirkan aku untuk sampai ke destinasiku..

jgn biarkan hati ku rapuh kerna cinta manusia..
jgn biarkan air mata ku mengalir lagi kerna cinta manusia..
jgn biarkan aku hanyut dengan ciptaan cinta manusia itu..
 yang belum pasti penghujungnya..

biarkan gambar bercerita.................




:
:



:
:



:
:




hopefully my dream come true..still waiting he is the one for me.

                                            


          

andai aku rasa cemburu...........

terima kasih kpd en google utk gambar ni


Benar aku cemburu!..
cemburu kepada seorang insan yang juga sejantina denganku kerana seorang lelaki..
perlukah rasa cemburu itu??
layakkah aku cemburu?
sedangkan aku juga mungkin pencetus kecemburuannya juga?
tetapi bukankah semua manusia mempunyai rasa cemburu?
apa salah kiranya aku juga mempunyai perasaan begitu?

terbaca beberapa rangkap ayat di dalam buku 'terimalah pinanganku'...
"sekiranya rasa cemburu menyelinap dalam hati, balik lah dirimu kepada Allah dan bertawakal lah
kerna tawakal bisa melenyapkan rasa cemburumu agar tidak terus subur merebak dalam hati"..
 ---------------------------
-----bermonolog------
----------------------------
mengharap pada Allah dan bukan berpaut harapan kepada insan yang bergelar manusia..
sekiranya dia jodohmu maka jawapannya dia pasti untuk kamu..
dan...
bila sampai waktu pasti Allah akan membuka pintu hatinya untuk menjadikan kamu halal disisinya..
pelengkap tulang rusuk kirinya..

ya Allah, pimpinkan aku agar aku tidak tergelincir...
pudarkan rasa cemburu dalam hati ku ni...
agar aku tidak terbabas melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya terdetik dalam hati ini..
peliharalah aku menjaga maruah dan kehormatan diri ini..
ampunkan aku juga ya Rabb kerna pernah meninggalkanMU jauh ketika aku dicintai dengan cinta dongeng seorang lelaki....

untitled

kerja bertimbun...
kerja yang sengaja ditangguh..
kerja yang tidak di siap-siap..
dan matahari makin mengenjak di atas kepala..
masih ada tanggungjawab yang belum dilaksana..
hati dan kudrat yang ada menarik ke belakang..
sungguh aku berat hendak melaksanakannya...
maafkan aku wahai DO, maafkan aku wahai LSF..
kerna aku harus mengaku bahawa aku amat malas melihat bayangan mu hari ni..
dan hari ni adalah.........................



HARI MOOD MALAS SEDUNIA!!!
harus disensor sedikit kerana hari ini tidak sepatutnya ada dalam kamus harian!!

pandang pada bintang dilangit..




"kita memerlukan malam yang gelap untuk melihat kerdipan bintang-bintang"

adakalanya keriangan kita pada suatu hari ditarik dengan kegelisahan,kegundahan,kesedihan dan pelbagai rasa perit dalam hati..pernah kita merasakan hidup kita tiba-tiba pudar dan makin kelam..tiada lagi derai tawa yang kedengaran dan makin payah senyuman untuk dilemparkan..seakan-seakan wajah tak mampu menyorok resah dalam hati..dunia terasa sudah berakhir miskipun jasad dan roh masih belum ditarik dari penciptaNya.. seharusnya itulah yang patut kita syukuri kerna kita diberi peluang olehNya memperbaiki kesilapan dan mengecap kembali keindahan dunia yang sementara dan cubalah kembali meraih kenikmatan jiwa yang tenang.. berebutlah untuk mencari redha dikala diberi kesempatan yang hanya sejengkal ini..

hidup ini suatu perjalanan yang singkat dan kita mempunyai pilihan..samada mahu hidup terus dalam kesedihan atau mencari sinar dibalik malam gelap..sememangnya kita diuji dengan kesedihan untuk belajar erti ketabahan, sememangnya kita pernah ditipu supaya kita belajar erti waspada, sememangnya kita dipisahkan dengan orang tersayang untuk bertemu dengan orang yang betul ,sememangnya juga kita tak bisa memiliki apa yang kita ingini kerna DIA hanya memberi apa yang sebenarnya kita perlu dan andainya kita sedar dan bermuhasabah kembali akan setiap perkara yang berlaku dalam hidup maka ia sebenarnya mengajar kita agar lebih matang..carilah hikmah disebalik kejadian..redha dengan setiap kisah hidup yang pernah kita lalui walaupun ia pahit untuk ditelan..namun percaya dan yakinlah DIA maha mengetahui..

jangan biarkan diri anda diruntun dan terus tenggelam dalam gelap yang mana anda sendiri mampu keluar untuk mencari  cahaya...usah biarkan diri anda melihat gelap itu hanya sebagai halangan untuk berjalan..lihat dengan mata hati..

pandanglah langit dan lihat pada bintang-bintang yang bertaburan indah.
apakah yang anda fikirkan??..
sekiranya tiada malam yang gelap mampukah anda melihat kerdipan itu??

siapa kita?

sekali-sekala berjalan ke tempat kerja bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah berpeluang melihat keindahan alam (ni ayat cover selepas penat berjalan)...

walaupun tempat kerja bukan lah jauh mana tapi kemudahan yang sedia ada tak kan dilepaskan begitu sahaja tapi cuma ada waktu2nya aku perlu juga mengagahkan kaki ni untuk menapak..almaklumlah bila rakan-rakan lain cuti maka dengan itu aku yang menumpang ni harus bergerak sendiri dengan kaki sendiri.. bak kata  berjalan diatas kaki sendiri.
sepanjang perjalanan yang tak sampai beberapa jam tapi cukup untuk memeluhkan badan di pagi hari aku melewati kawasan tapak pembinaan..bukan untuk melihat andai ada encik-encik kontraktor berwajah tampan atau pekerja-pekerja asing indonesia yang mirip ari wibowo atau irwansyah..namun andai ternampak itu adalah senaman mata di pagi hari..
(^_^)  --- senyum simpul sambil tunduk malu2 ok!

tatkala melewati kawasan itu, hatiku mula terdetik dan berfikir..siapa mereka-mereka ini pada pandangan mata aku..sekadar buruh kasar ditapak binaan atau insan-insan yang patut dibanggakan atas kehebatan dan kepakaran yang  yang mereka miliki..aku mengalihkan pandangan pada papan cadangan tapak pembinaan (PROJEK PEMBINAAN PANGSAPURI 23 TINGKAT DAN HOTEL).. wah tambah 1 lagi pangsapuri di kawasan ni..gigih benar mereka melakukan kerja-kerja seawal 8.00 pagi yang aku tak pasti bila waktu mereka akan berhenti pada setiap hari..bersungguh-sungguh mengetuk,mengangkat yang pastinya kerja-kerja yang mereka lakukan memerlukan tenaga banyak..terasa nyilu dalam hati sesekali mata terpandang pada cerucuk-cerucuk besi yang berceracak.. kalaulah terjatuh atau sebarang kemalangan yang tak diingini berlaku... ah! berhenti2 dari terus fikirkan benda-benda macam tu..semoga semuanya dilindungi Allah..

aku kagum melihat kesungguhan mereka demi mencari sesuap nasi..sanggup berpanas dan memerah kudrat empat kerat di rantau orang yang jauh dari kampung halaman dan tahah air mereka sendiri..namun mereka gigih..itulah yang cuba aku insafi dalam diri..kalau aku, mampukah aku?? atau setiap kali habis bekerja aku akan merungut.. aku pasti, itu yang akan berlaku pada aku..

sepanjang jalan yang tidak hampir beberapa tapak lagi untuk sampai,dapat ku lihat dengan jelas bangunan 13 tingkat yang tersergam indah tempat aku bekerja.. aku pasti, golongan dari kumpulan mereka ini juga yang bertungkus-lumus membina bangunan tersebut..dari mula pemasangan cerucuk sampai lah proses yang terakhir..aku semakin ligat berfikir..andai mereka mampu merealisasikan impian dan pelan-pelan yang dilukis oleh arkitek-arkitek dan cadangan pemaju, maka aku yang bekerja disini apakah yang mampu aku lakukan??
cukupkah aku hanya sekadar bekerja setiap hari dan pulang bila sampai waktu..apa pula sumbangan aku kepada syarikat aku sendiri sekiranya mereka boleh berbagga bercerita kejayaan mereka membina bangunan-bangunan yang tinggi di negara ini kepada orang lain?..

kata pepatah mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan..
tapi aku juga percaya  walau dimana pun kita berjalan bukan ukuran jauh atau dekat..
yang penting apa yang kita dapat..
lihat lah apa yang berada disekeliling kita dengan mata hati dan buka minda untuk berfikir...

----renung-renungkan----

kisah arnab

......menacari idea-idea yang hampir kontang dalam kotak fikiran membuatkan aku buntu..sedikit demi sedikit semangat semakin lemah dan tahapnya semakin menurun..terbayang seperti  iklan bateri energizer yang pernah ditayangkan dalam iklan televisyen kala dulu..beberapa ekor arnab mainan yang dipakaikan dengan beberapa jenis bateri berbeza  untuk menguji tahap ketahanan beteri tersebut..

hah!  aku cuba bayangkan beberapa ekor arnab mainan itu berlumba-lumba berlari ke garisan penamat.. arnab-arnab berlari-lari dengan pantas dan dipertengahan jalan satu persatu arnab itu semakin lemah dan terus terhenti dan hanya tinggal  satu sahaja yang sampai ke garisan penamat..

kala aku menulis entry ini kotak fikiran ku terus diketuk.."hellooooo!" ..." yang mana satu kau nak jadi hidayu?... arnab yang berhenti dipertengahan jalan atau sampai ke garisan penamat?..sekiranya anda apakah pilihannya?
memilih untuk berhenti sebelum penamat atau maju ke garisan penamat?
tepuk dada tanyalah hati dan bukalah minda..

<----------------------- ni lah arnab comel tu >_<

kelam

kelam malam bukan dikala sang matahari berhenti memancar cahaya
kelam malam itu dikala sang bulan kembali mengambil tugasnya
kelam malam itu bukan kerana kita berasa selamat untuk bersembunyi
kelam malam itu adalah masa kita mencari sinar dibalik cahaya bulan
kerna..
dibalik kelam kita akan bertemu suluh cahaya

ketika sang buta meraba-raba dalam kegelapan
dia menemui sinar cahaya dalam kegelapan itu
walaupun dalam ironinya dia tidak mampu melihat
namun..
dia melihat dengan mata hati

ketika sang celik meraba-raba suis didinding tatkala gelap
dia menemui cahaya selepas suis dihidupkan
namun kadang-kadang dia tidak mampu menemui apa yang dicari dalam terang
kerna..
dia perlu mencari cahaya itu dalam kegelapan ....

dont give up!!!

bila diusik lalu terusik

................sesekali bayu menyapa lembut bertanyakan khabar hati...benarkah hati mula bicara tentang cinta..sekadar singgah menyapa dan terus berlalu atau terhentinya sesuatu takdir dan destinasi...sukar untuk difahami namun cukup membuat aku dibuai mimpi indah..merentas dari alam realiti melayani hati yang penuh dengan rama-rama berterbangan riang...ahh.. indah sungguh kurasakan dunia..dunia yang kini dihiasi pelangi indah memancarkan tujuh warna-warna cinta....

begitulah tatkala hati bila diusik lalu terusik..bila si teruna impian menyapa dan bila si dara makin gelisah..begitu juga sebaliknya...kita semua pernah mengalami rasa cinta sesama insan...tidak kira walau apa jarak usia kerna kita telah dianugerahkan rasa cinta ini..syukur kepada pencipta memberi ruang untuk rasa cinta di dunia ini...ketika usia mula menginjak remaja kita mula kenal akan rasa perasaan terhadap seseorang..adakalnya kita tertipu oleh perasaan..kita gagal membezakan antara perasaan suka, sayang atau cinta..kadang-kadang ketika inilah kita sering alpa dengan bisikan terlampau perasaan...adakalanya sanggup menggadaikan apa yang dimiliki..

dan....
ketika mencapai usia dewasa kita mencari cinta yang suci..cinta yang akan membawa ke destinasi impian..hati sekali lagi terusik...berharap agar aku adalah pelengkap tulang rusuk kirinya..dia juga jodoh yang telah ditetapkan di luh mahfuz untukku..hati masih lagi tidak keruan..bimbang selagi lafaz ijab dan kabul belum termeterai...sakitnya rasa rindu tatkala berjauhan dan makin sebal bila hati mula rasa curiga...wahai hati...tenanglah jiwamu...andai dia milikmu dia tetap milikmu..yakin lah pada takdir Allah dan percayalah pada qada dan qadar..jangan biarkan rasa cintamu padanya melebihi cinta pada penciptamu..gapailah kedua-dua cinta itu kerna ia akan membawa penghujung yang abadi...

usia dipertengahan atau dipenghujung senja namun hati kita tidak mustahil mungkin sekali lagi terusik tika kita membiarkan ia terus diusik..jangan biarkan rasa cinta yang baru terus membenih dan subur dalam hati..cukuplah dengan cinta yang sedia ada yang sentiasa menemani kita untuk tempoh yang pernah kita lalui bersama..usahlah dilukakan hati-hati yang pernah bersusah mahupun senang bersama dengan kita dahulu..sekali lagi gapai lah cinta Allah supaya kita makin dekat denganNYA  tetapi bukan cinta manusia yang membawa kekecewaan..anggaplah hati yang terusik itu sekadar ujian dariNYA agar kita mendekatkan diri pada pencipta tetapi bukan sebagai jalan untuk kita semakin jauh melayani dunia..

rasa CINTA tidak akan mati selagi manusia bernafas...
usahlah terlalu angkuh ketika DIA meminjamkan rasa cinta itu..
dan..jangan pula  berasa bangga tatkala kita dicintai oleh insan yang bernama manusia...
















   

kembar dan 7-11?

tempat: hospital-bilik menunggu di wad bersalin
watak: empat orang bakal ayah
situasi: cemas dan risau 
_____________________________________________

empat orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, awak sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua."
Ayah pertama melompat gembira."mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise."

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah,awak mendapat anak kembar tiga."
"Wow!" katanya melonjak gembira."kembar tiga?. mungkin satu kebetulan.saya kerja di 3E Training and Solution".

Keluar pula nurse lain dan memberitahu ayah ketiga.
"Tahniah, isteri awak dapat kembar empat."
"Alhamdulillah," kata ayah ketiga sambil meraup tangan ke mukanya."
Mungkin satu kebetulan. saya bekerja di Four Season Hotel."

Pada masa ini ayah keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah sekali. kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat"?
Ayah keempat itu menjawab, "Saya kerja di Seven -Eleven".

** sekiranya anda masih tidak ketawa, sekurangnya senyumlah kerna ia sebagai penyembuh kesepian hati**

kisah ini bukan dari hasil idea aku tapi aku ambil dari idea dr. Tuah Iskandar dalam buku Membina Peribadi Anggun. credit untuk Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj.

give up = gagal

 credit pic from: i luv islam.com

kegagalan sering membuat kita lemah...namun kegagalan juga yang membuatkan kita semakin kuat..biar manusia merasakan diri sehebat manapun dia tetap akan merasa kegagalan dalam realiti sebenarnya..kegagalan yang mungkin membuatkan dirinya semakin jatuh atau membawanya kepada kejayaan..bagi aku kegagalan merupakan satu "booster" untuk aku terus melangkah tapi bukan bermaksud berhenti..dalam erti kata, kegagalan bukan pengakhiran sebuah kehidupan tetapi permulaan untuk kehidupan..apa yang membezakan dua keadaan ini??.. jawapannya"emosi"...ya! kebijaksanaan emosi....

kawallah emosi kalian..jangan jadikan kegagalan sebagai kekecewaan..teruskan berlari kehadapan dan jangan salahkan penyebab kegagalan tetapi carilah jalan penyelesaian..

ini kerana kita sering merunggut atau menyalahkan orang lain atas sesuatu kegagalan ..merasakan dialah utama penyebab kegagalan..namun sedarkan kalian bahawa penyebab pembawa kegagalan itulah sebenarnya pembawa kejayaan kita yang lebih baik..sedarkah kalian,bahawa disebalik sesuatu yang berlaku ada rencananya..kembalilah ingatanmu pada DIA yang satu..dan..sedarkah kalian DIA lebih mengetahui..percayalah pada ketetapanNYA..masakan kita boleh lupa disaat kita kecewa..kenalilah erti hikmah disebalik kejadian..

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

berputar kembali sejarah dalam hidupku ketika aku berjuang di medan peperiksaan pada tahun 2004..ketika aku berada di tingkatan enam atas..sedang menduduki peperiksaan STPM untuk kertas Pengajian Am 2 dan sedang menjawab soalan bahagian E, yang memerlukan pelajar melakarkan graf daripada teks yang diberi..Pada ketika aku menjawab bahagian ini,berlaku sesuatu yang diluar dugaan aku.......  tentang dugaan, kekuasaan dan pertolongan Allah SWT...

sukar aku gambarkan perasaan aku pada waktu itu tetapi ia cukup mengingatkan aku apa yang telah berlaku..disaat-saat masa yang terlalu suntuk untuk aku menyiapkan soalan terakhir, tiba-tiba aku diberi dugaan yang tidak aku sangka di mana aku telah kehilangan idea dan punca untuk merungkai soalan yang diberi...aku rasakan fikiran aku kosong seperti otak aku di block oleh sesuatu.. aku tidak mampu mengingati jenis-jenis graf yang pernah aku pelajari..aku cemas dan takut ..tambahan pula aku sempat menjeling ke sebelah melihat calon-calon lain sudah siap melakar graf dan ada juga sudah mengeluarkan pensel warna untuk mewarna graf-graf mereka..aku semakin takut kerana tidak mampu menjawab soalan yang akan menyebabkan aku kehilangan banyak markah...dan kemungkinan juga aku gagal dalam kertas peperiksaan itu dan paling meruntun jiwa aku bila aku membayangkan aku tidak akan berpeluang menyambung pelajaran  ke universiti..hal ini kerana, kertas peperiksaan Pengajian Am merupakan syarat utama pelajar patut lulus bagi memohon ke universiti..

aku rasakan dunia aku kelam dan merasakan nyawaku dihujung tanduk..air mataku bergenang dikelopak mata dan  hatiku pedih menahan kesedihan..aku hampir putus asa sehingga terdetik dalam hati mungkin aku gagal dan hilang segala harapan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti..aku merasakan seperti aku benar-benar sudah gagal dalam peperiksaan..tidak guna rasanya aku bertungkus-lumus menjawab kertas peperiksaan lain sebelum ini kerana ia tidak bermakna sekiranya aku gagal dalam kertas peperiksaan Pengajian Am..

Namun, aku gagahi juga membaca semula sekali lagi petikan yang diberi..aku cuba memahami dan pada masa yang sama aku mohon sangat-sangat pada Allah agar diberikan aku pertunjuk..aku benar-benar mengharapkan pertolonganNYA ketika itu...

secara tidak sengaja aku rasakan ada satu cahaya yang kembali terang dalam mindaku...Syukur kerna tiba-tiba aku mula memahami akan apa kehendak soalan..pelik..sebelum ini sudah beberapa kali aku mengulangi membaca teks yang diberi namun aku tidak nampak penyelesaian..jam ditangan menunjukkan lebih kurang 10minit lagi masa akan berakhir..aku meneruskan gerak jariku melakar graf daripada petikan yang diberi..pantas kurasakan jariku bergerak mengeluarkan segala idea dan ilmu yang aku pelajari...syukur aku berjaya lakukan walaupun pada saat-saat terakhir..Alhamdulillah aku benar-benar bersyukur pada Allah aku berjaya menyiapkannya..

walaupun sudah hampir 7 tahun peristiwa itu berlalu tetapi aku masih ingat saat-saat genting aku rasakan..biarpun bukan nyawa yang menjadi taruhan tetapi kegagalan amat menakutkan aku..cuba kalian bayangkan sekiranya aku rasakan aku gagal, kecewa dan putus asa ketika itu?..apa yang berlaku?..sudah pastinya aku gagal kerna putus asa walaupun aku belum pasti aku gagal....mungkin cerita kita berbeza tetapi fikirkanlah..........

fatamorgana..

pedih dek panahan matahari....
ketika kelopak kecil mataku dibuka,
trasa bisa seluruh tubuhku...
aku terasa sangat lemah,
dimanakah aku?
bersendirian ditempat yang belum penuh aku jengah,
aku trasa asing..
terlalu bingit dan busuk,
salakan anjing liar amat menakutkan aku...
sembilan bulan yang lalu aku tidak pernah merasa keadaan yang menakutkan ini...
aku masih tertanya-tanya dimanakah?
andai aku telah dilahirkan untuk melihat dunia.... 
dimanakah ibu???
 -------------------------------------------------------

terhoyong-hayang aku membawa diri,
kurasakan alam seperti berputar...
aku masih lemah bertarung dengan nyawa,
melahirkan bayi yang aku benci menatap wajahnya,
kerna aku mengandungkannya,aku ditinggalkan  lelaki itu,
namun hati kecilku berbisik..bukan salah bayi itu...dia tidak berdosa...
ia adalah salahku..salah aku!!
mencari haluan untuk dituju...
kemana harus ku bawa diri?
kembali ke pangkuan keluargaku semula?
menatap wajah-wajah insan yang pernah aku kecewakan?
ah!! bisakah mereka mahu menerimaku kembali?
mustahil!!...aku telah banyak mengecewakan mereka...
-------------------------------------------------------
berderai gelak tawa kepuasan,
wang,wanita mudahnya untuk aku genggam...
lelaki jonggos yang sanggup menggadaikan maruah seorang perempuan,
demi kepentingan sendiri...
ahh!!..bukan salah aku seorang lelaki kerna..
perempuan-perempuan murahan itu yang mengejarku...
aku lelaki hanya mengambil peluang...
bukankah itu sikap sang lelaki?
hahaha...aku puas dengan apa yang aku mampu lakukan sekarang...

-------------------------------------------------------------------------

Fatamorgana

Artist: Hijjaz
rangkap lirik dari lagu fatamorgana...

Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari


-kita yang memilih jalan dan halatuju hidup kita-

welcome..

this is my--------------



entry 
(^_^)