love is.........

"aku cinta dia!" ... "he is belong to me!"
angkuh , sombong sama sekali...

antara kata-kata manusia yang jahil tentang cinta..
cinta manusia yang membuatkan dia alpa dan buta..
tenggelam dalam laut cinta yang diciptakannya sendiri..
berpusar dan hilang dalam pusaran nafsu semata-mata..

bisakah cinta berputik dalam hati tanpa izinNYA?
siapa kita hendak mendabik dada atas pinjaman cinta itu?
siapa kita sekiranya mahu sombong dengan rasa cinta itu?
siapa kita mendambakan sekelumit cinta manusia yang akan hilang tanpa diduga?
mampukah kita mengikat cinta itu dengan tali yang rapuh tanpa pertolonganNYA?
cinta manusia yang kadang-kadang membuatkan manusia semakin jauh..

sedarlah kamu kerna bahawa cinta itu lahir dari kasih-sayangNYA..
cinta yang disemat dalam hati-hati manusia agar semakin dekat denganNYA..

sedarlah wahai aku dan kamu..
cinta tidak akan hadir dengan sendiri..
cinta tidak akan kekal dalam hati-hati tanpa izinNYA..
cinta juga akan pergi dengan kehendakNYA jua..
ingatlah aku dan kamu..
 bahawa apa yang dimiliki adalah bukan kepunyaanmu..
akan pergi bila-bila waktu dan detik yang telah ditetapkan..
wahai manusia angkuh seperti aku!
tidak perlu kau bangga tatkala kau dicintai oleh cinta seorang manusia!
kerna sedarlah bahawa dia , aku  dan kamu adalah milikNYA..

angkuh!!

manusia angkuh!
pasti akan dirinya..
tidak mahu mengaku kesilapan diri
menegakkan benang yang basah dengan pelbagai alasan..
sengaja direka..
sengaja dicipta..
sengaja di ada-ada..

hidup dirasakan mendatar..
itu lah yang terbaik untuknya..
dulu kini dan selamanya..
tidak mahu diubah..
degil lagi untuk dibetul..
paling sayu..
sengaja dibiarkan bengkok walaupun bisa dilentur..

dan tatkala dia alpa..
entah keberapa kali dia terhantuk kuat!
berjuta-juta kali jua dia dihanyak..
tergadah dan tersedar akan keangkuhannya..
itulah saatnya..
baru kini dia mengerti..
itu adalah teguran..
itu adalah petanda.. dan...
itu juga belaian kasih sayang dari sang Pencipta..

tiada aksara yang mampu disusun..
menjadi bait-bait kata..
meskipun 26 itu dia mengenali..
mutiara jernih yang gugur menyembah bumi..
bukti tersungkurnya keangkuhan manusia itu kepada sang Penciptanya...






kosong....

terdamparnya sekujur jasad..
hati..
jiwa...
dan fikirannya..
kosong.....

mencari...
berjalan..
berlari..
dalam pekat malam..

benar!!
 ku tak bohong..
segala ketakutan keseorangan itu hilang..
kerna keinginan ku mengatasi segalanya..

namun..
 harus ke mana..
maju ke hadapan?
 tapi ku hilang punca..
mundur ke belakang?
 tak ingin juga aku toleh semula sejarah itu..

tapi harus bagaimana?
perlu ku menongkah ke langit..
menadah tangan dan sujud dengan rasa kerdil diri ini..
memang itu selayaknya..

Ya Khaliq..
tunjukkan aku jalan..
lurus lagi benar untuk bertemumu ya Khaliq..
sesungguhMU Al Wadud..
mampu membuka hati-hati ini mencintai yang selayaknya..
iaitumu Ya ALLAH

tiba-tiba rasa macam ni... :'(


hati tolong jangan mengada-mengada...


hati seakan pedih..
perasaan semakin menekan..
jiwa semakin menghimpit..
apa sebenarnya yang berlaku?

aku benci keadaan ini!
seolah-olah ada batu besar yang menghimpit dada..
asbabnya kerana cemburu?
atau otak yang terlalu sangat memikir..

aku lemas dengan persoalan..
sedangkan aku sendiri yang mencipta soalan..
yang mungkin jawapannya ada pada aku sendiri..
sengaja membiarkan hati lalai memikirkannya..
sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku..
cuma aku sahaja yang terlampau memikir ia akan berlaku..

wahai hati...
sang pemilikMU itu sahaja yang mampu..
mampu meredakan perasaan itu..
bukankah lebih indah memikirkan DIA yang pasti pemilik hati dan jasadmu..

Ya Allah bantu ku..
usirkan perasaan gundahku ini..
yang sengaja dicipta oleh aku sendiri.........



# WORDLESS###@%


HARI : AHAD
MASA : 10.51 PAGI
TARIKH : 18 MARCH 2012
TODAY IS MY WORKING DAY!

















 
 
 NAK




BALIK !!!!









............................................................................................................................

sobb..sob..sobb :(

godaan mak cik "pareedah" part 2

a few days later...............


tengah hari kelmarin...
jeng jeng jeng !!! 
dah sampai..
dengan excitednye turun level G..
terus straight ke objek pepejal berbalut yang tertera logo pos laju.. 
senyum dulu (*_^)..











yeah!! i got a parcel


tanpa belas kasihan terus merobek balutan tersebut..
dengan rakusnya terlerai balutan yang membaluti objek yang ditunggu-tunggu..
hah !! 
i can see how much a beautiful thing that i was desire.. @_@
n taraaa...........hehe









rania my 1st collection


lebih nampak!! 
org len dah kumpul banyak kot..(ok turunkan balik rasa keterujaan anda itu)
akhirnya..
aku grab jugak satu dalam dok pk banyak kali nak beli ke x hari tu kan..
kesimpulannya..
perempuan memang xlari dari nafsu bila nampak benda-benda yang cantik ni ..(ditujukan untuk diri sendiri)
mak cik "pareedah" akhirnya berjaya menggodaku....
maka berterbangan lah...... 


sekian.................................................................................................................




Nak Cerita Pon Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

---- sumbangan: Mat

godaan mak cik "pareedah" part 1

<--------------jom PANDANG picture sebelah ni
lawaaa... @_@
nyata jelitaaa... :P

salah satu koleksi tudung dari  FAREEDA...Nyata Jelita
rekaannya yang ekslusif amat digilai oleh ramai pompuan-pompuan diluar sana..

aku?? ...
tengok jer...sambil ternganga..
ternganga ada la dalam1 inci setengah..
 ingat nak tutup la rasa terliuq ni..
buat-buat lupa..
esoknya.....
 bukak muka buku..
uishhh ada lagi..
lawaaaa...........(dok berangan bila pakai) 
lawaaa lawaa...kononnya la..
picture atas nun lawa sebab tuan yang pakai pon lawa kan?..huhu

nak ??.. xnak ?? .. nak?? .. xnak??
urmmmm...
tergoda betul dah ni...
sabaq dulu...
agak-agak buleh tahan x nafsu ni?

tissot oh tissot....

pagi-pagi lagi dah 2 3 kali huwaa...huwaaa  menguap..
padahal malam tadi hai-hai awal pe..

meh tengok gambar ni sat....
"Got mine and i'm obsalutely happy about it :) " kata si pemilik
gaya,menawan dan anggun dengan jenama tissot bagi si pemakai (ye ker???)

misi mencari tissot bermula pada lebih kurang 5 hari yang lepas..
dengan semangat balik kerja, mandi-mandi buat pe yang patut..
dah siap kaki terus tuju kat muka pintu nak keluar g giant..
sebab dah ushar dah ada satu kedai jam yang jual tissot ni..
sebelum ni dok tengok dari luar je..
maklumlah pilihan sebelum ni hanya mampu untuk jam beregha 15 henggit je..
tapi bila sebulan..
ajalnya dah datang menjemput..sob..sob..
kalau rm15x12bulanx3taun = berapa?
so amik keputusan beralah lah beli jam yang agak-agak buleh tahan lama..
(hopefully panjangla hayatnye)

sampai kedai jam..dok belek yg mn berkenan tp haruslah intai-intai regha dulu kan..
amboii!!  taktik penjual kedai tu..
regha siap dia sorok lg..
bagi nampak rupa tissot je..regha dia sembunyi..
mesti bagi org teliuq dl, regha len cita kalau dah berkenan kan?
dah malas dah aih nak berteka-teki ngan rupa jam ngan regha tu..
last-last tanya si tokey kedai..
ada da x jam yang budget dalam RM dot..dot ?
dia pon kata.."ok sini mari".. 
jom !! jom !! 
tissot...tissottt.... :)
ikut la blakang bontot dia..
"owh yang ni ek"? ..urmm...
nego2 ngan tokey kedai..
lawa dah kot ni..
paling penting ikut budget aku..
sikit-sikit topup bole la kot....
urmm redha dengan rezeki yang Allah bagi takat ni ja..
tapi alhamdulillah syukur..
ada jugak kan?
so jawapannya.....

oklah i pilih yang ni------------>


amik angle sama cam gambar tissot kat atas nun..
tapi ni tissot ker??? huhu



hakikatnya...
tissot yang didamba diatas nun bukan miliku..
kerana tissot yang aku dapat cuma..
berbentuk sekeping gambar type JPEG image..
jujurnya tak mampu kot nak beli tissot..
kalau tissu mampu la...ngeh..ngeh..(*_^)
andai aku dengan mengikut perasaan yang terujanya nak beli jugak..
makk aiiii !! lebih kurang RM 900 plus-plus lagi kena korek..
nisbah 1:10 tu..
kena bukak peti besi ni..
tp kalau bukak pon kompom asap ja yang keluar..hehehe
tapi yang aku punya pon ok what??
dengan bangganya aku cakap. 

"Got mine this month and i'm obsalutely happy about it"!!!!

Alhamdulillah ini adalah rezeki..
Bersyukur itu lebih indah..

                      (^_^)

kisah si penglipur lara..


Berakhir sudah tugas menjadi penglipur lara untuk kisah jaja & din .. tugas yang sengaja di amik walaupun bukan disuruh..terofferkan diri la pulak nak berceritakan kat si hitam manis..

Setelah bertungkus-lumus berusaha menghabiskan 4 hari bacaan dengan menskip-skip pages yang ada..
(amik part jaja&ust din je)

Tiba malam untuk bercerita..tak rancang pon nak cerita malam tu tapi dah tertiba si hitam manis dah call..(call untuk kali yang ke-4 daripada dia sejak 7 bulan kenal) .. hehe..bole kira dengan jari kan?.. aku tak terasa pon tapi suka..sebab dia hormat pendirian aku jangan call sampai la aku izinkan selepas beberapa permintaannya aku tolak..cian dia but absolutely really2 much to tq for him (*_^)..

pas cite-cite cerita yang macam-macam rencah malam tu.. tetiba kuar ayat dari mulut dia..
"dah abis kan baca novel?.. cite la jaja&din..
uppsss!!
hehe dah ada permintaan..
dengan semangat yang sememangnya dah disimpan untuk beberapa hari..
part-part best yang  memang dah disave dalam hard disk memory ni nak cite kat si hitam manis..
misi bercerita bermula...
jaja , din....blaaa...blaaaa...
sambung lagi...blaaaa...blaaaa (dia senyap kat telefon tapi dok dengar)
yang aku pulak makin lama cite makin pulak hormon malu aku bertambah..
(muka dah rasa panas-sure muke dah blushing ni)
entah apa malu xtau..
kesannya.....
 lagi banyak la skip-skip cite yang aku nak cite kat dia sb terlupa akibat perasaan malu yang tanpa diundang..
choiii betul la!!..huhuhu
bayangkan kalau satu novel tu pon aku dah bnyak skip-skip baca pastu cite kat si hitam manis skip-skip lagi..
habis yang tinggal apa je??..
ermm apa pon xboleyy!
tapi teruskan la cite....
sampai la part ending-- yesss!! dah nak abis
legaaa.....

ending ceritanya....

.................ayat aku pon...."ok dah abis takat tu..they live happily ever after"

dia tanya aku.."yang tu je?"..
cam tak puas hati jer ni?
rasanya patut pon dia xdapat feel..hehe
dia nak tau pulak apa yang berlaku bila din yang disangka mati tetiba balik ke pangkuan jaja malam tu?
nak siap dialong jaja lagi bila jupe suami dia yang dah lama tak bersua muka tu..
siap bagi contoh lagi...
  
malu weiii!!! blushing again..

xkan nak kuarkan ayat romantik yang din cakap kat jaja..aduh dushh!!
dia dok tanya lagi...aduh!!..
mau kalau bercerita sambil berdepan ni nak-nak ja cari tudung periuk tutup muka!
 ok2 lastnya dia megalah gak..
terpaksa la terima hakikat kan...
cite aku tak menarik sebab malu punya pasal..
terasa sangat hampehnya aku ni..
semangat sgt dok simpan nak cite..
last-last...
mak aiiiiii..
urmmm dapat 6 markah je si hitam manis bagi..huhu..ckit nya..
kalau 6 dari 6 point ok gak kan?
tapi kalau 6 point per 100%?.. 
huhu..sadis sungguh
kalau exam mahu kena repeat ni..

sori ye si hitam manis..
cerita penglipur lara yang tak berapa menjadi..
next time i offer lagi ye jd penglipur lara untuk u..
(kot-kot kalau dia nak dengar lagi la kan?... hehe)





Selamat pagi untuk setiap hari yang indah..

Selesai dhuha dan mathurat..
Di pagi hari yang mendung penuh rahmat..
Sejuk yang tidak terlalu dingin..
Setenang hati manusia kerdil ini..



ALHAMDULILLAH......


Kirimkan seorang imam untukkuYa Allah..
Sebagai pembimbing perjalanan ku menemuiMU..

dicuri dan mencuri

Kerja hujung minggu seperti rutin..
Dikala masa tido semalam dicuri oleh si pencuri hati..
Dan hari ini..
Aku juga seorang pencuri..
Dengan mencuri minit-minit masa kerja yang tinggal....

Today---------->
12.15pm until 2.30pm -- curi-curi tido (sory bos) (*_^)
3.30 pm until the end of day work hour -- blog walking 

hehehe (^_^)
5.30 pm -- time to go---
back to home
home sweet home
byeeeeeeeeee....

he is my hero-->papa

APA YANG ANDA TAHU TENTANG SEORANG AYAH

-Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya  ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

-Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

-Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

-Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

-Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

-Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

-Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

-Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

-Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
____________________________________________________

Sedih bila baca artikel ni..semua jawapannye YA kan?.. menitis air mata ni..
Terus amik nset cari nombor papa dan terus tekan button dail...
tuttt...tutt..tuttt....
panggilan berjawab............

assalamualaikum...
 "papa sihat?...papa tengah bt apa"?
Dialog setiap kali aku telefon papa..
biasanya memang tak banyak cakap cuma sekadar bertanya khabar..
Aku ngan papa tidak serapat dengan arwah mama yang boleh bercerita banyak perkara..tapi sejak arwah mama pergi ,  keluarga yang aku ada di dunia ni selain adik-beradik ialah papa... seingat aku selama aku membesar aku xtahu berapa kali aku pernah kata aku sayang kat papa secara bersemuka..atau memang tak pernah sekali pon?..

Malu kot?... sb tak dibiasakan dari kecil..entahlah...kalau la dapat dipupuk dari kecil..
tapi andai la suatu hari aku telefon papa dan aku kata "PAPA I LOVE U"....
agak-agak apa papa akan kata kan??..
punggah anak aku ni..tetiba ja..lebiu2 pulak...
lebiu tu bukan untuk org yang bercinta ja ka?..
almaklumlah org kampung....
maksud I LOVE U tu agak klise nak disebut kpd mak ayah, adik-beradik,kawan-kawan kan?..
kalau aku yang bersekolah ni dulu2 pon dok anggap benda yang sama..lebiu2 tu untuk girlpren -boypren..apatah lagi papa..(^_^)...

Tapi yang pasti, kasih-sayang aku pada papa jawapannya adalah infiniti..tidak boleh dikira, mahu pun di ukur....

nota kaki: aku ada impian bersama papa yang mana masa dan izin Allah sahaja yang akan merealisasikan impian ni..
aku mohon sgt agar Allah memberi kesempatan dan kesihatan yang baik kepada papa serta ditemukan aku dengan jodohku.. aku nak sgt papa yang akan mewalikan aku menghantar dan melepaskan tanggungjawabnya pada insan yang akan mengambil aku dari papa suatu hari nanti.... aminn ya Rabb..


DIA minta agar bersabar...

bila tiba musim kawen dok tengok da la berderet jemputan kawen dari kawan-kawan..dalam hati dok fikir bila la turn aku nih!... mengeluh ada, mengenang nasib pon ada..urmmmm.... 

dalam hati dok berkira bila la si dia nak mai meminang.. sapa la jodoh aku ni..macam-macam dok fikir.. sedangkan kita tak tahu ALLAH itu maha mengetahui dan sebaik-baik perancang ialah DIA yang MAHA ESA..

DIA yang tahu samada kita ni dah bersedia atau tidak walaupun kita rasa dah bersedia..ye ke dah bersedia???

bukan aku xsedar tapi kadang-kadan perasaan ini..bila mana sebagai perempuan aku patut risau..
perlukah kita patut terlalu risau sb memang benar kita belum bersedia dan waktu itu belum tiba?...

bila tgk doodle kat bawah ni terungkai sikit rasa risau dalam hati ni----


BETUL!! 
ini lah jawapannya...masa yang akan menentukannya dengan izin ALLAH.. 



ye masanya belum sampai lagi...
sabar wahai hati.. 
kerna DIA sedang mengajarmu erti bersabar.. 
dan menyedarkan agar memperbetulkan niat kamu..
orang lain xsama macam kita..
kerna DIA ada perancangan tersendiri yang terbaik untuk kita..
biar siapa DIA tentukan jodoh untuk kita harus mesti redha..
harap-harap yang terbaik untuk dia dan aku...
deicated to:
si - hitam manis

    jaja & din..

    dah lama rasanya x baca novel dengan semangat..seingat yang pernah teringat cuma dua buah novel je yang penah dihabiskan dengan rasa bangganya..pertama tajuk novel dia tak seindah mimpi hasil tulisan sharifah abu salem dan yang kedua ombak rindu.. tak ingat pulak sapa penulisnya.. dan disebabkan dua novel ini yang telah dibaca dengan jayanya secara tak langsung maka aku menjadi pengikut setia cerita trilogi cinta yang diadaptasi dari novel tak seindah mimpi ni..dan yang terbaru dan tak baru sangat la apabila berperasaan emosinya menonton filem ombak rindu di panggung wayang.. almaklumlah dah baca novel nye kan??

    bukan tak berminat  nak baca  buku sb aku ni juga boleh dikategorikan sebagai"ulat buku".. tapi bila bahan bacaan macam novel ni aku tidak terlalu excited sangat..bahan bacaan pilihan aku ni lebih kepada yang serius2 n skema kot..contoh: buku motivasi-----> (skema kan)...

    orang kata pengemar buku ini ada dunianya yang tersendiri..dunia yang macam mana aku tak tahu la pulak.. tapi kalau aku bila dapat buku aku suka baca buku kat tempat yang tersorok.. kat celah-celah almari ke atau port yang terselindung dan ruang nya tak besar-besar sgt..kenapa??.. entah aku pon tak tahu..selesa kot.. tapi yang tabiat-tabiat pelik camni kot yang dikaitkan dengan ayat yang aku cakap kat atas tadi... 
    agaknya la kottt....


    berbalik pada tajuk entry kali ni...(jaja&din)---> aku dah jatuh hati pada novel yang ke-3 ni..(^_^)..
    jalan cerita yang menarik..bukan kisah cinta dua sejoli semata-mata tapi da unsur dakwah dan pengajaran..

    sipnopsis sikit: jaja seorang gadis yang tidak pernah menerima cinta mana-mana lelaki,seorang yang up to date,seorang media planner, kedua ibu bapnya seorang doktor, ada asas agama tapi kelalaian yang membuat dia alpa pada tanggungjawab seorang muslim jatuh hati kepada ust din dan meminang ustaz sastera arab lulusan universiti al-Azhar dan memilih untuk hidup ala-ala 'zuhud' macam ust din.. berjayakah jaja?..

    kalau dalam novel ni, setiap kali sebelum tido, ust din akan baca kan kisah-kisah pejuang-pejuang islam dan kisah lain seperti kisah fatimah al-zahra, saiditina khadijah,saidatina aisyah.. tapi ....aku pulak kena habiskan novel ni sebab aku ada tugasan untuk ceritakan kembali kisah jaja&din ni untuk si "hitam-manis".. dalam novel ni pon jaja pada mulanya memberi nama pada ust din dengan gelaran itu.. tak tipu jugak kalau aku kata kan, bila kau baca novel ni aku imagine yang jaja&din adalah aku dan si "hitam-manis".........
    ( sedikit malu pabila termengaku statement sebegini (*_^)...hihi )

    indah pekerti ust din sebagai suami..tegurannya berhemah dan lemah lembut, amarahnya disembunyikan (amik wudhuk bila dia nak marah pd 1hari jaja buat salah padanya) , sentiasa amik hati jaja dan yang paling penting dia menjadi pembimbing untuk jaja kenal dan menjadi muslimah sejati serta isteri yang solehah....
    --------aku nak macam tu jugak... aminn..---------------

    nota kaki: semasa menziarahi kubur, kita harus memberi salam kepada penghuni kubur dengan ucapan    "assalamulaikum ya ahlil ziyad" ( 'salam sejahtera ke atas mereka yang pergi dahulu' ) BUKAN "assalamualaikum ya ahlil kubur" sb kita yang masih bernafas ini juga adalah ahlil kubur.....




    untuk suami yang prihatin

    " Apa yang tidak kena dengan isteri aku ni"? getus si suami.. sekarang aku rasa kan dia tidak pedulikan aku lagi..apa yang aku tanya acap kali dia tidak menjawab.. sakitkah dia?... 

    Entah apa yang membuatkan si suami merasakan isterinya mempunyai masalah pendengaran..iyalah kalau dah bertanya tapi tak menjawab mungkin juga isteri ku mengalami masalah tersebut..mahu bertanya masalah tersebut takut berkecil hati, tidak ditanya pulak otak ni pulak bermain teka silang kata..urmmmm..... 
    (panjang benar rungutannya pulak)

    Oleh kerana, si suami tidak mahu isterinya berkecil hati, dia telah pergi berjumpa dengan doktor secara rahsia untuk mendapatkan nasihat. Doktor telah mencadangkan agar dia melakukan teknik  yang termudah dan paling berkesan untuk menguji pendengaran isterinya. Teknik tersebut boleh menguji betapa seriusnya masalah pendengaran isterinya.

    "Anda perlu berdiri sejauh 40 kaki daripadanya dan cuba berbual dengannya dengan nada dan kelantangan suara yang biasa.Jika dia tidak dengar, dekatinya pada jarak 30 kaki. Jika dia masih tidak boleh dengar, berdiri 20 kaki daripadanya, dan teruskan menghampirinya hingga dia boleh dengar apa yang anda cakapkan."

    "Mudahnya," kata si suami dengan gembira. Petang itu, ketika isterinya sedang memasak, dia mengagak jaraknya daripada isterinya.

    40 kaki. "Ya, lebih kurang jauh itu," dia berbisik pada dirinya. "Malam ni kita makan apa sayang"? dia bertanya dengan suara yang biasa. Isterinya tidak menjawab.

    Perlahan-lahan,dia berjalan lebih hampir 30 kaki... dia berhati-hati membuat anggaran. Kemudian,dia bertanya semula , "malam ni kita makan apa sayang"?.. Masih tiada jawapan daripada isterinya.

    "Wah, teruk juga nampaknya," dia berkata pada dirinya sambil berjalan sehingga dia berada 20 kaki daripada isterinya. Tetapi isterinya masih tidak menjawab.

    Dia terus bergerak ke arah isterinya hinggakan sudah menghampiri isterinya, malah dia betul-betul berdiri di sebelah isterinya, lalu bertanya... "Sayang, kita makan apa malam ni"?

    Isterinya lalu berpaling menghadapnya dan berkata,

    "Ya Allah, dah berapa kali saya nak jawab, saya goreng AYAM!"...


    --------- So jawapannya ialah ???????   (^_^)  hehehe-------------------



    twitter

    satu perkara yang sangat kecil aku rasa tetapi memberi makna yang amat mendalam dalam jiwa aku.. bergenang mutiara putih dikelopak mata..betul kata pepatah tajam mata pena itu lebih tajam daripada mata sebilah pedang!

    namun sekarang dengan hanya meletak jari-jari di keyboad dan menaip sesuatu perkataan dianggap sangat mudah..tidak perlu kertas dan tidak juga memerlukan sebatang pen atau pensel.. namun setiap bait-bait kata yang terbuku dihati terpapar di screen komputer apabila jemari menaip pantas di keyboard.. dan yang paling bisa menakjubkan pabila ia mudah disebarkan dalam sekelip mata..andai kata-kata kesat atau fitnah yang terhasil maka tersebarlah fitnah itu dengan pantas..betul! penyebaran fitnah sekarang lebih canggih..bukan dengan mulut sahaja malah dengan jari dan tangan jua..

    namun andai sesuatu ayat itu terkesan didalam hati dan membuka mata hati seseorang apabila membaca apa yang kamu tulis itu bagaimana pula???

    kata seorang rakan kepadaku-------------->
    bagus2.. alhamdulillah dh dapat satu pahala dakwaH. kalw dakwah ni berterusan, disampaikan pulak oleh orang lain. lagi bertambah2 pahala kan..



    seorang demi seorang meninggalkan meja makan untuk bersama berjemaah pada waktu maghrib 29 feb 2012..ya! memang hatiku tersentuh apabila melihat situasi itu sekali gus memberi ketenangan dalam hati seorang insan kerdil yang ketandusan ilmu dan akhlak.. benar juga! aku bukan seorang yang terbaik tapi aku ingin sedikit kebaikan itu untuk melengkapi ketidaksempurnaan aku..

    pada mulanya aku tak rasa ia sesuatu yang memberi kesan kepada orang yang membaca..
    sekadar berkongsi apa yang aku lihat dengan mata aku.. 
    terima kasih nur solehah kerna forwardkan apa yang aku tweet itu..
    moga apa yang aku tulis ini tidak meriakkan aku.. ya Allah peliharalah aku dari perasaan riak dan takbur..
    aku menulis niat keranaMU Ya ALLAH..

    ya allah..akalku terhad..ilmuku dangkal

    Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu).

    ku perlu menyelak lembaran helaian ini..
    ketika ku sedar ilmu ku dangal..
    ku ingin membenamkan wajahku di setiap helaian..
    tertulis dengan huruf-huruf yang amat bermakna..
    agar setiap patah-patah perkataan menusuk dalam hati..
    moga aku dapat menguntai kisah-kisah itu dalam kehidupanku jua..



    desire... this book
                       +
                       +
                       + 
    http://mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675711091

    the day of friday















    syg.. abg g solat dlu ye.nt kita msg k..cyg syg ;-)



    msg 13 jan 2012
    1.29pm


    bahagia seketika..
    moga allah kurniakan bahagia ini untuk masa akan datang jua
    tapi saya nak syg awk lebih daripada itu sebagai "mr right" sy..
    sy sayang awak tiada nilai..jawapannya adalah infiniti.......

    simpan ia dalam hati...

    bahasa yang tersekat-sekat untuk dikeluarkan..
    namun jemari masih ingin menyentuh keyboard..
    entah apa yang akan ditaip
    yang pasti itulah hasilnya..
    tidak pasti apakah yang ingin dimaksudkan..
    waima bukan itu yang tersurat...
    kerna yang tersirat masih tersimpan ketat dalam hati..


    dalam kata ada makna
    dalam makna ada dua..
    yang tersurat dan tersirat..
    mudah melihat yang tersurat tapi sukar untuk mentafsir yang tersirat..
    kerna ia adalah rahsia hati..