love is.........

"aku cinta dia!" ... "he is belong to me!"
angkuh , sombong sama sekali...

antara kata-kata manusia yang jahil tentang cinta..
cinta manusia yang membuatkan dia alpa dan buta..
tenggelam dalam laut cinta yang diciptakannya sendiri..
berpusar dan hilang dalam pusaran nafsu semata-mata..

bisakah cinta berputik dalam hati tanpa izinNYA?
siapa kita hendak mendabik dada atas pinjaman cinta itu?
siapa kita sekiranya mahu sombong dengan rasa cinta itu?
siapa kita mendambakan sekelumit cinta manusia yang akan hilang tanpa diduga?
mampukah kita mengikat cinta itu dengan tali yang rapuh tanpa pertolonganNYA?
cinta manusia yang kadang-kadang membuatkan manusia semakin jauh..

sedarlah kamu kerna bahawa cinta itu lahir dari kasih-sayangNYA..
cinta yang disemat dalam hati-hati manusia agar semakin dekat denganNYA..

sedarlah wahai aku dan kamu..
cinta tidak akan hadir dengan sendiri..
cinta tidak akan kekal dalam hati-hati tanpa izinNYA..
cinta juga akan pergi dengan kehendakNYA jua..
ingatlah aku dan kamu..
 bahawa apa yang dimiliki adalah bukan kepunyaanmu..
akan pergi bila-bila waktu dan detik yang telah ditetapkan..
wahai manusia angkuh seperti aku!
tidak perlu kau bangga tatkala kau dicintai oleh cinta seorang manusia!
kerna sedarlah bahawa dia , aku  dan kamu adalah milikNYA..