he is my hero-->papa

APA YANG ANDA TAHU TENTANG SEORANG AYAH

-Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya  ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

-Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

-Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

-Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

-Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

-Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

-Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

-Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

-Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
____________________________________________________

Sedih bila baca artikel ni..semua jawapannye YA kan?.. menitis air mata ni..
Terus amik nset cari nombor papa dan terus tekan button dail...
tuttt...tutt..tuttt....
panggilan berjawab............

assalamualaikum...
 "papa sihat?...papa tengah bt apa"?
Dialog setiap kali aku telefon papa..
biasanya memang tak banyak cakap cuma sekadar bertanya khabar..
Aku ngan papa tidak serapat dengan arwah mama yang boleh bercerita banyak perkara..tapi sejak arwah mama pergi ,  keluarga yang aku ada di dunia ni selain adik-beradik ialah papa... seingat aku selama aku membesar aku xtahu berapa kali aku pernah kata aku sayang kat papa secara bersemuka..atau memang tak pernah sekali pon?..

Malu kot?... sb tak dibiasakan dari kecil..entahlah...kalau la dapat dipupuk dari kecil..
tapi andai la suatu hari aku telefon papa dan aku kata "PAPA I LOVE U"....
agak-agak apa papa akan kata kan??..
punggah anak aku ni..tetiba ja..lebiu2 pulak...
lebiu tu bukan untuk org yang bercinta ja ka?..
almaklumlah org kampung....
maksud I LOVE U tu agak klise nak disebut kpd mak ayah, adik-beradik,kawan-kawan kan?..
kalau aku yang bersekolah ni dulu2 pon dok anggap benda yang sama..lebiu2 tu untuk girlpren -boypren..apatah lagi papa..(^_^)...

Tapi yang pasti, kasih-sayang aku pada papa jawapannya adalah infiniti..tidak boleh dikira, mahu pun di ukur....

nota kaki: aku ada impian bersama papa yang mana masa dan izin Allah sahaja yang akan merealisasikan impian ni..
aku mohon sgt agar Allah memberi kesempatan dan kesihatan yang baik kepada papa serta ditemukan aku dengan jodohku.. aku nak sgt papa yang akan mewalikan aku menghantar dan melepaskan tanggungjawabnya pada insan yang akan mengambil aku dari papa suatu hari nanti.... aminn ya Rabb..


0 Responses