twitter

satu perkara yang sangat kecil aku rasa tetapi memberi makna yang amat mendalam dalam jiwa aku.. bergenang mutiara putih dikelopak mata..betul kata pepatah tajam mata pena itu lebih tajam daripada mata sebilah pedang!

namun sekarang dengan hanya meletak jari-jari di keyboad dan menaip sesuatu perkataan dianggap sangat mudah..tidak perlu kertas dan tidak juga memerlukan sebatang pen atau pensel.. namun setiap bait-bait kata yang terbuku dihati terpapar di screen komputer apabila jemari menaip pantas di keyboard.. dan yang paling bisa menakjubkan pabila ia mudah disebarkan dalam sekelip mata..andai kata-kata kesat atau fitnah yang terhasil maka tersebarlah fitnah itu dengan pantas..betul! penyebaran fitnah sekarang lebih canggih..bukan dengan mulut sahaja malah dengan jari dan tangan jua..

namun andai sesuatu ayat itu terkesan didalam hati dan membuka mata hati seseorang apabila membaca apa yang kamu tulis itu bagaimana pula???

kata seorang rakan kepadaku-------------->
bagus2.. alhamdulillah dh dapat satu pahala dakwaH. kalw dakwah ni berterusan, disampaikan pulak oleh orang lain. lagi bertambah2 pahala kan..



seorang demi seorang meninggalkan meja makan untuk bersama berjemaah pada waktu maghrib 29 feb 2012..ya! memang hatiku tersentuh apabila melihat situasi itu sekali gus memberi ketenangan dalam hati seorang insan kerdil yang ketandusan ilmu dan akhlak.. benar juga! aku bukan seorang yang terbaik tapi aku ingin sedikit kebaikan itu untuk melengkapi ketidaksempurnaan aku..

pada mulanya aku tak rasa ia sesuatu yang memberi kesan kepada orang yang membaca..
sekadar berkongsi apa yang aku lihat dengan mata aku.. 
terima kasih nur solehah kerna forwardkan apa yang aku tweet itu..
moga apa yang aku tulis ini tidak meriakkan aku.. ya Allah peliharalah aku dari perasaan riak dan takbur..
aku menulis niat keranaMU Ya ALLAH..
0 Responses