jaja & din..
dah lama rasanya x baca novel dengan semangat..seingat yang pernah teringat cuma dua buah novel je yang penah dihabiskan dengan rasa bangganya..pertama tajuk novel dia tak seindah mimpi hasil tulisan sharifah abu salem dan yang kedua ombak rindu.. tak ingat pulak sapa penulisnya.. dan disebabkan dua novel ini yang telah dibaca dengan jayanya secara tak langsung maka aku menjadi pengikut setia cerita trilogi cinta yang diadaptasi dari novel tak seindah mimpi ni..dan yang terbaru dan tak baru sangat la apabila berperasaan emosinya menonton filem ombak rindu di panggung wayang.. almaklumlah dah baca novel nye kan??
bukan tak berminat nak baca buku sb aku ni juga boleh dikategorikan sebagai"ulat buku".. tapi bila bahan bacaan macam novel ni aku tidak terlalu excited sangat..bahan bacaan pilihan aku ni lebih kepada yang serius2 n skema kot..contoh: buku motivasi-----> (skema kan)...
orang kata pengemar buku ini ada dunianya yang tersendiri..dunia yang macam mana aku tak tahu la pulak.. tapi kalau aku bila dapat buku aku suka baca buku kat tempat yang tersorok.. kat celah-celah almari ke atau port yang terselindung dan ruang nya tak besar-besar sgt..kenapa??.. entah aku pon tak tahu..selesa kot.. tapi yang tabiat-tabiat pelik camni kot yang dikaitkan dengan ayat yang aku cakap kat atas tadi...
agaknya la kottt....
berbalik pada tajuk entry kali ni...(jaja&din)---> aku dah jatuh hati pada novel yang ke-3 ni..(^_^)..
jalan cerita yang menarik..bukan kisah cinta dua sejoli semata-mata tapi da unsur dakwah dan pengajaran..
sipnopsis sikit: jaja seorang gadis yang tidak pernah menerima cinta mana-mana lelaki,seorang yang up to date,seorang media planner, kedua ibu bapnya seorang doktor, ada asas agama tapi kelalaian yang membuat dia alpa pada tanggungjawab seorang muslim jatuh hati kepada ust din dan meminang ustaz sastera arab lulusan universiti al-Azhar dan memilih untuk hidup ala-ala 'zuhud' macam ust din.. berjayakah jaja?..
kalau dalam novel ni, setiap kali sebelum tido, ust din akan baca kan kisah-kisah pejuang-pejuang islam dan kisah lain seperti kisah fatimah al-zahra, saiditina khadijah,saidatina aisyah.. tapi ....aku pulak kena habiskan novel ni sebab aku ada tugasan untuk ceritakan kembali kisah jaja&din ni untuk si "hitam-manis".. dalam novel ni pon jaja pada mulanya memberi nama pada ust din dengan gelaran itu.. tak tipu jugak kalau aku kata kan, bila kau baca novel ni aku imagine yang jaja&din adalah aku dan si "hitam-manis".........
( sedikit malu pabila termengaku statement sebegini (*_^)...hihi )
indah pekerti ust din sebagai suami..tegurannya berhemah dan lemah lembut, amarahnya disembunyikan (amik wudhuk bila dia nak marah pd 1hari jaja buat salah padanya) , sentiasa amik hati jaja dan yang paling penting dia menjadi pembimbing untuk jaja kenal dan menjadi muslimah sejati serta isteri yang solehah....
--------aku nak macam tu jugak... aminn..---------------
nota kaki: semasa menziarahi kubur, kita harus memberi salam kepada penghuni kubur dengan ucapan "assalamulaikum ya ahlil ziyad" ( 'salam sejahtera ke atas mereka yang pergi dahulu' ) BUKAN "assalamualaikum ya ahlil kubur" sb kita yang masih bernafas ini juga adalah ahlil kubur.....