Showing posts with label mari ketawa. Show all posts
Showing posts with label mari ketawa. Show all posts

Nak Cerita Pon Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

---- sumbangan: Mat

untuk suami yang prihatin

" Apa yang tidak kena dengan isteri aku ni"? getus si suami.. sekarang aku rasa kan dia tidak pedulikan aku lagi..apa yang aku tanya acap kali dia tidak menjawab.. sakitkah dia?... 

Entah apa yang membuatkan si suami merasakan isterinya mempunyai masalah pendengaran..iyalah kalau dah bertanya tapi tak menjawab mungkin juga isteri ku mengalami masalah tersebut..mahu bertanya masalah tersebut takut berkecil hati, tidak ditanya pulak otak ni pulak bermain teka silang kata..urmmmm..... 
(panjang benar rungutannya pulak)

Oleh kerana, si suami tidak mahu isterinya berkecil hati, dia telah pergi berjumpa dengan doktor secara rahsia untuk mendapatkan nasihat. Doktor telah mencadangkan agar dia melakukan teknik  yang termudah dan paling berkesan untuk menguji pendengaran isterinya. Teknik tersebut boleh menguji betapa seriusnya masalah pendengaran isterinya.

"Anda perlu berdiri sejauh 40 kaki daripadanya dan cuba berbual dengannya dengan nada dan kelantangan suara yang biasa.Jika dia tidak dengar, dekatinya pada jarak 30 kaki. Jika dia masih tidak boleh dengar, berdiri 20 kaki daripadanya, dan teruskan menghampirinya hingga dia boleh dengar apa yang anda cakapkan."

"Mudahnya," kata si suami dengan gembira. Petang itu, ketika isterinya sedang memasak, dia mengagak jaraknya daripada isterinya.

40 kaki. "Ya, lebih kurang jauh itu," dia berbisik pada dirinya. "Malam ni kita makan apa sayang"? dia bertanya dengan suara yang biasa. Isterinya tidak menjawab.

Perlahan-lahan,dia berjalan lebih hampir 30 kaki... dia berhati-hati membuat anggaran. Kemudian,dia bertanya semula , "malam ni kita makan apa sayang"?.. Masih tiada jawapan daripada isterinya.

"Wah, teruk juga nampaknya," dia berkata pada dirinya sambil berjalan sehingga dia berada 20 kaki daripada isterinya. Tetapi isterinya masih tidak menjawab.

Dia terus bergerak ke arah isterinya hinggakan sudah menghampiri isterinya, malah dia betul-betul berdiri di sebelah isterinya, lalu bertanya... "Sayang, kita makan apa malam ni"?

Isterinya lalu berpaling menghadapnya dan berkata,

"Ya Allah, dah berapa kali saya nak jawab, saya goreng AYAM!"...


--------- So jawapannya ialah ???????   (^_^)  hehehe-------------------



kembar dan 7-11?

tempat: hospital-bilik menunggu di wad bersalin
watak: empat orang bakal ayah
situasi: cemas dan risau 
_____________________________________________

empat orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, awak sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua."
Ayah pertama melompat gembira."mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise."

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah,awak mendapat anak kembar tiga."
"Wow!" katanya melonjak gembira."kembar tiga?. mungkin satu kebetulan.saya kerja di 3E Training and Solution".

Keluar pula nurse lain dan memberitahu ayah ketiga.
"Tahniah, isteri awak dapat kembar empat."
"Alhamdulillah," kata ayah ketiga sambil meraup tangan ke mukanya."
Mungkin satu kebetulan. saya bekerja di Four Season Hotel."

Pada masa ini ayah keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah sekali. kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat"?
Ayah keempat itu menjawab, "Saya kerja di Seven -Eleven".

** sekiranya anda masih tidak ketawa, sekurangnya senyumlah kerna ia sebagai penyembuh kesepian hati**

kisah ini bukan dari hasil idea aku tapi aku ambil dari idea dr. Tuah Iskandar dalam buku Membina Peribadi Anggun. credit untuk Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj.