pandang pada bintang dilangit..
"kita memerlukan malam yang gelap untuk melihat kerdipan bintang-bintang"
adakalanya keriangan kita pada suatu hari ditarik dengan kegelisahan,kegundahan,kesedihan dan pelbagai rasa perit dalam hati..pernah kita merasakan hidup kita tiba-tiba pudar dan makin kelam..tiada lagi derai tawa yang kedengaran dan makin payah senyuman untuk dilemparkan..seakan-seakan wajah tak mampu menyorok resah dalam hati..dunia terasa sudah berakhir miskipun jasad dan roh masih belum ditarik dari penciptaNya.. seharusnya itulah yang patut kita syukuri kerna kita diberi peluang olehNya memperbaiki kesilapan dan mengecap kembali keindahan dunia yang sementara dan cubalah kembali meraih kenikmatan jiwa yang tenang.. berebutlah untuk mencari redha dikala diberi kesempatan yang hanya sejengkal ini..
hidup ini suatu perjalanan yang singkat dan kita mempunyai pilihan..samada mahu hidup terus dalam kesedihan atau mencari sinar dibalik malam gelap..sememangnya kita diuji dengan kesedihan untuk belajar erti ketabahan, sememangnya kita pernah ditipu supaya kita belajar erti waspada, sememangnya kita dipisahkan dengan orang tersayang untuk bertemu dengan orang yang betul ,sememangnya juga kita tak bisa memiliki apa yang kita ingini kerna DIA hanya memberi apa yang sebenarnya kita perlu dan andainya kita sedar dan bermuhasabah kembali akan setiap perkara yang berlaku dalam hidup maka ia sebenarnya mengajar kita agar lebih matang..carilah hikmah disebalik kejadian..redha dengan setiap kisah hidup yang pernah kita lalui walaupun ia pahit untuk ditelan..namun percaya dan yakinlah DIA maha mengetahui..
jangan biarkan diri anda diruntun dan terus tenggelam dalam gelap yang mana anda sendiri mampu keluar untuk mencari cahaya...usah biarkan diri anda melihat gelap itu hanya sebagai halangan untuk berjalan..lihat dengan mata hati..
pandanglah langit dan lihat pada bintang-bintang yang bertaburan indah.
apakah yang anda fikirkan??..
sekiranya tiada malam yang gelap mampukah anda melihat kerdipan itu??
apakah yang anda fikirkan??..
sekiranya tiada malam yang gelap mampukah anda melihat kerdipan itu??