love is.........

"aku cinta dia!" ... "he is belong to me!"
angkuh , sombong sama sekali...

antara kata-kata manusia yang jahil tentang cinta..
cinta manusia yang membuatkan dia alpa dan buta..
tenggelam dalam laut cinta yang diciptakannya sendiri..
berpusar dan hilang dalam pusaran nafsu semata-mata..

bisakah cinta berputik dalam hati tanpa izinNYA?
siapa kita hendak mendabik dada atas pinjaman cinta itu?
siapa kita sekiranya mahu sombong dengan rasa cinta itu?
siapa kita mendambakan sekelumit cinta manusia yang akan hilang tanpa diduga?
mampukah kita mengikat cinta itu dengan tali yang rapuh tanpa pertolonganNYA?
cinta manusia yang kadang-kadang membuatkan manusia semakin jauh..

sedarlah kamu kerna bahawa cinta itu lahir dari kasih-sayangNYA..
cinta yang disemat dalam hati-hati manusia agar semakin dekat denganNYA..

sedarlah wahai aku dan kamu..
cinta tidak akan hadir dengan sendiri..
cinta tidak akan kekal dalam hati-hati tanpa izinNYA..
cinta juga akan pergi dengan kehendakNYA jua..
ingatlah aku dan kamu..
 bahawa apa yang dimiliki adalah bukan kepunyaanmu..
akan pergi bila-bila waktu dan detik yang telah ditetapkan..
wahai manusia angkuh seperti aku!
tidak perlu kau bangga tatkala kau dicintai oleh cinta seorang manusia!
kerna sedarlah bahawa dia , aku  dan kamu adalah milikNYA..

angkuh!!

manusia angkuh!
pasti akan dirinya..
tidak mahu mengaku kesilapan diri
menegakkan benang yang basah dengan pelbagai alasan..
sengaja direka..
sengaja dicipta..
sengaja di ada-ada..

hidup dirasakan mendatar..
itu lah yang terbaik untuknya..
dulu kini dan selamanya..
tidak mahu diubah..
degil lagi untuk dibetul..
paling sayu..
sengaja dibiarkan bengkok walaupun bisa dilentur..

dan tatkala dia alpa..
entah keberapa kali dia terhantuk kuat!
berjuta-juta kali jua dia dihanyak..
tergadah dan tersedar akan keangkuhannya..
itulah saatnya..
baru kini dia mengerti..
itu adalah teguran..
itu adalah petanda.. dan...
itu juga belaian kasih sayang dari sang Pencipta..

tiada aksara yang mampu disusun..
menjadi bait-bait kata..
meskipun 26 itu dia mengenali..
mutiara jernih yang gugur menyembah bumi..
bukti tersungkurnya keangkuhan manusia itu kepada sang Penciptanya...






kosong....

terdamparnya sekujur jasad..
hati..
jiwa...
dan fikirannya..
kosong.....

mencari...
berjalan..
berlari..
dalam pekat malam..

benar!!
 ku tak bohong..
segala ketakutan keseorangan itu hilang..
kerna keinginan ku mengatasi segalanya..

namun..
 harus ke mana..
maju ke hadapan?
 tapi ku hilang punca..
mundur ke belakang?
 tak ingin juga aku toleh semula sejarah itu..

tapi harus bagaimana?
perlu ku menongkah ke langit..
menadah tangan dan sujud dengan rasa kerdil diri ini..
memang itu selayaknya..

Ya Khaliq..
tunjukkan aku jalan..
lurus lagi benar untuk bertemumu ya Khaliq..
sesungguhMU Al Wadud..
mampu membuka hati-hati ini mencintai yang selayaknya..
iaitumu Ya ALLAH

tiba-tiba rasa macam ni... :'(


hati tolong jangan mengada-mengada...


hati seakan pedih..
perasaan semakin menekan..
jiwa semakin menghimpit..
apa sebenarnya yang berlaku?

aku benci keadaan ini!
seolah-olah ada batu besar yang menghimpit dada..
asbabnya kerana cemburu?
atau otak yang terlalu sangat memikir..

aku lemas dengan persoalan..
sedangkan aku sendiri yang mencipta soalan..
yang mungkin jawapannya ada pada aku sendiri..
sengaja membiarkan hati lalai memikirkannya..
sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku..
cuma aku sahaja yang terlampau memikir ia akan berlaku..

wahai hati...
sang pemilikMU itu sahaja yang mampu..
mampu meredakan perasaan itu..
bukankah lebih indah memikirkan DIA yang pasti pemilik hati dan jasadmu..

Ya Allah bantu ku..
usirkan perasaan gundahku ini..
yang sengaja dicipta oleh aku sendiri.........



# WORDLESS###@%


HARI : AHAD
MASA : 10.51 PAGI
TARIKH : 18 MARCH 2012
TODAY IS MY WORKING DAY!

















 
 
 NAK




BALIK !!!!









............................................................................................................................

sobb..sob..sobb :(